Refund policy

Polisi Pemulangan dan Penggantian

Semua produk yang dibeli melalui laman web ini dihantar terus dari ibu pejabat (HQ) Eskayvie.

Barang Rosak, Cacat atau Salah Diterima

Sekiranya barang yang diterima rosak, cacat atau tidak sama dengan pesanan, pembeli hendaklah membuat aduan terus kepada pihak HQ Eskayvie dalam tempoh 48 jam selepas menerima pesanan.

Aduan boleh dikemukakan melalui saluran berikut:

Borang aduan rasmi:
https://bit.ly/aduaneskayvie

Customer Care Eskayvie:
03-5511 1050

E-mel:
customercare@eskayvie.com

Pembeli disarankan menyediakan maklumat berikut semasa membuat aduan:

  • Nama dan nombor pesanan;

  • Nombor telefon yang digunakan semasa membuat pesanan;

  • Gambar barang yang diterima;

  • Gambar pembungkusan dan label penghantaran; dan

  • Video pembukaan bungkusan, jika ada.

Jangan membuang barang, kotak, pembungkusan atau label penghantaran sehingga aduan selesai diproses.

Pihak HQ Eskayvie akan menyemak aduan dan menentukan penggantian atau pemulangan wang berdasarkan hasil semakan serta polisi yang sedang berkuat kuasa. Sekiranya barang gantian tersedia, penggantian akan diutamakan. Jika penggantian tidak tersedia, pemulangan wang boleh diproses setelah tuntutan diluluskan.

Pembeli juga boleh memaklumkan kepada kami melalui WhatsApp di 011-4046 0595 untuk bantuan susulan. Walau bagaimanapun, keputusan berhubung penggantian atau pemulangan wang bagi barang yang dihantar terus dari HQ adalah tertakluk pada semakan dan kelulusan pihak HQ Eskayvie.